MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunications Network) yang diuruskan secara terpusat oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Infrastruktur rangkaian yang selamat ini disediakan bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital, sama ada aplikasi dalaman Kerajaan atau capaian ke Internet. Perkhidmatan MyGov*Net adalah khusus untuk pengguna Kerajaan di Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.
GITN Sdn. Berhad (GITN) merupakan pembekal yang dilantik oleh pihak Kerajaan sebagai penyedia rangkaian Perkhidmatan MyGov*Net.
Skop perkhidmatan MyGov*Net merangkumi:
Pihak pengguna boleh menghubungi meja bantuan GITN untuk sebarang aduan berkaitan Perkhidmatan MyGov*Net melalui:
Meja bantuan perkhidmatan MyGov*Net beroperasi 24 jam x 7 hari x 365.
Semua aduan berkaitan perkhidmatan MyGov*Net yang dilaporkan ke meja bantuan GITN akan direkodkan di dalam sistem iSIM (Integrated Services and Incident Management System). Nombor rujukan aduan akan dimaklumkan kepada pihak pelanggan.
Pemantauan talian MyGov*Net dilakukan melalui sistem Service Assurance Management System (SAMS).
Pengguna hendaklah membuat semakan awal status bekalan kuasa, restart (on/ off) peralatan MyGov*Net serta semakan rangkaian
Ibu Pejabat agensi boleh membuat permohonan melalui sistem MyGovServ. Panduan pengguna MyGovserv boleh dimuat turun melalui portal MyGov*Net.
Pengguna hendaklah membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang MyGovOSF dengan menggunakan kata laluan yang berdaftar.
Sila hubungi meja bantuan GITN bagi permohonan kata laluan sistem MyGovOSF.